Che Abang & Cik Kak yg Omey

Sunday, November 21, 2010

BANGKIT selepas RASA TERPUKUL

TENGOK JAP PICTURE 'LOLLIPOP' KAT SEBLAH NEYH... TENGOK LAAA...
COLORFUL AN AN AN ??
SUKA TA ? AKU SUKA !
SUKA TENGOK ! HAHAX..
TAPI .....
antara korang sedar atau pon tidak, ada lagi insan-insan lain di luar sana yang ta mampu tengok apa yang kita tengok ni. Cuba anda-anda ni bayangkan, apa laluan hidup kita kalo kita hanya mampu menikmati deria yang bole mendengar tanpa melihat ? menyentuh tanpa melihat ? merasa tanpa melihat ? Nikmat kew tidak ?? Hahaha~ Ya, adakalanya kita maseh mampu ketawa sebab kita rasa kita sudah cukup semuanya, tapi hakikatnya kita TIDAK ! Apa lagi blom cukup ?? Kita kurang dan/atau tidak menghayati nikmat yang kita punya. . . Aku tak mereka cerita . . Aku belajar daripada pengalaman dan kerana itu, aku berterima kasih pada 'pengalaman' yang aku lalui pagi tadi dalam sebuah gerabak kereta api . . . Percaya atau Tidak ? Yukk ! Ikuti kisah aku ni.......
Awal-awal lagi aku memang tanak balik Tg Malim, sebab aku tak sanggup hadapi masalah yang da sedia menunggu di sana nanti. Banyak, sangat banyak masalah nyew ! (itu aku, bukan korang OK). Sampai la aku kena heret ke stesen KTM dengan mak aku hambat aku balik jugak sebab dia tau ini exam week aku. Final exam OK (pentingnya macam SPM la gakk). Masuk jew gerabak tu, aku rasa semua mata yang memandang mengejek-ejek aku, ntah la kenapa Paranoid melanda tika tu. Jumpa jew seat aku terus duduk, sebelah seorang lelaki yang lena (ngantok agaknya) Ahh... biar! Train pon gerak....................... Aku tengok atas meja depan aku, ada bekas nasik ngan air brader sblah aku ni. Terdetik jap, "zaman2 skang ni cukup susah kot nak tengok lelaki bawak bekal". Ta kesah la... Aku pon kuarkan note2 kuliah (konon.....) hahax . . . Ntah apa aku belek . . Kisah bermula selepas dua jam . . . Lelaki sebelah aku tu bangon, nak makan, sedap weh nasik ngan lauk ayam masak merah dia !!! Aku tengok jew dia makan, sampai terkeluar nasik sebutir dua dari bekas tu (lapar agaknya), pastu dia bukak botol air, slow motion jew beb, aku terdetik lagi "Alahai . . . sopan benar!" Lepas abeh makan tu, dia bangun nak kuar gi basuh tangan la kot (dia duduk tepi tingkap) Jadi, aku pon bagi la laluan sambil pandang dia. Terdetik lagi "Aishh... mamat ni apahal pandang depan jew engsot2 cam ketam" pastu tangan teraba-raba beg aku tas meja uw, dia ke pintu, setapak2 dia jalan (kaki kebas agaknya) PASTU ! Dia raba2 pintu depan dia, MASYA'ALLAH . . . . guest what?? Lelaki itu seorang B U T A . . Terkejut, tersentak, tergamam aku . . dan terlumpuh segala psikomotor aku weh ! Cepat2 aku kejutkan kaki ku bangon nak tolong bukak pintu untuk dia (biasa la pintu ketapi yang auto sensor nyew da rosakkk !) Tapi masa yang sama jugak ada sorang brader yang baik hati ni nak tolong pimpin dia. Aku beralah la, ye la korang ! takkan aku nak bawak dia masuk toilet kan . . Kikiki . . Astagfirullah~ Ingat anak-anak ! Masa tu kan . . . Tade lain, satu jew rasa aku tika tu, TERPUKUL, sangat terpukul . . Aku Celik, tapi aku Buta Hati . . Aku cepat rasa diri ni tak berguna bila ditimpa masalah yang tak seberapa besar pon kalo nak banding dengan dugaan yang orang-orang sekeliling aku lalui . . Kenapa agaknya? Aku tinggalkan persoalan ni untuk korang beri jawapan, bukan untuk Aku, Dia dan Kamu, tapi untuk KITA SEMUA hayati. . . Lepas peristiwa tu, ada satu semangat yang buat aku bangkit semula, sebab aku tau walau siapa pon kita, kita tak keseorangan sebab kita saling memerlukan . . . Setuju dengan aku? Aku nampak ketabahan lelaki itu hadapi ketentuan hidup dia, kenapa tidak aku kan?? Atas dasar itu la aku selamat tiba di tanah Tg Malim ini, bukan sebab siapa2 tapi sebab aku nak bantu diri aku sendiri. YA! SAYA M A M P U ! !

No comments:

Post a Comment